Powered By Blogger

Ahad, 11 Disember 2016

Ada yang TAKUT duit ,bagaimana dengan anda?

Sertai program [Aula Hakim Academy] disini anda akan dibimbing dan dibantu oleh mereka yang sudah berjaya mencapai tahap tertinggi didalam program Aula Hakim Academy.

Kami membuka peluang perniagaan telekomunikasi kepada anda yang berminat untuk ceburi dalam bidang perniagaan telekomunikasi yang paling superb diabad ini iaitu Mymi1 International .


Anak muda nak tahu cara berjimat dalam perbelanjaan secara efektif? Artikel ini mampu membuka minda anda

Antara penjimatan yang kita boleh buat bila berbelanja adalah seperti berikut.
1. Bijak bezakan antara kehendak dan keperluan
Makan itu keperluan asas. Tapi makan kat KFC, Domino Pizza atau Secret Recipe itu kehendak. Kalaupun mampu, sebulan sekali cukuplah. Ini setiap weekend nak makan sedap je, padan lah simpanan selalu kering kontang.
2. Hidup di bawah kemampuan
Walaupun mampu beli tudung branded, beli je kat kawan-kawan yang ada jual tudung atau shawl. Kan dapat jimat puluh-puluh RM, di samping support bisnes kawan sendiri. Sambil menyelam, minum air. Lagi untung kalau dapat diskaun lebih. Kawan kan?
3. Rancang perbelanjaan
Bila nak keluar untuk berbelanja, senaraikan dulu apa yang nak dibeli. Rancang dan tulis siap-siap nak beli apa. Hanya beli barang yang ditulis saja. Nak keluar shopping tu, perut jangan dalam keadaan lapar, supaya nafsu makan tak mempengaruhi nafsu belanja.
4. Buat belanjawan
Kalau ada peruntukan makan RM400 sebulan, bahagikan RM100 seminggu. Kalau tak cukup juga, jangan usik bajet minggu depan atau korek simpanan. Cuba latih diri puasa sunat, terutamanya bagi orang bujang.
5. Bandingkan harga
Setiap produk ada banyak pilihan. Contohnya sekarang saya dah ganti Nutella RM12-15 dengan Delfi RM8-9. Beli kat 99 Speedmart. Kalau beza berat/kuantiti, tekan kalkulator kat hp, kira harga tiap gram/unit jatuh berapa sen dan pilih yang paling murah. Kenapa bayar lebih untuk produk yang sama, kan? Yang murah tak semestinya tak bagus. Yang mahal tak semestinya bagus. Kaedah ini juga terpakai untuk susu dan lampin anak. Kadang-kadang saya compare beberapa jenama kat 3-4 tempat. Tak de lah sampai saya jalan ke 3-4 tempat tu. Katalog yang dapat dalam peti surat tu kan ada?
6. Belanja ikut keutamaan
Ikutkan hati, semua benda kita nak beli, kan? Sabar. Utamakan yang utama, dahulukan keperluan, kemudiankan kehendak. Mana yang ada, guna sampai habis, pakai sampai rosak. Contohnya pakaian anak, abang/kakak punya boleh turunkan kat adik. Contoh lainnya hp. Nak baiki atau beli baru? Saya dah pernah tulis dulu. (Rujuk komen kat bawah).
7. Hidup bersederhana
Ini adalah salah satu rahsia kenapa orang kaya kekal dan tambah kaya. Ramai orang kaya memilih cara hidup sederhana (mengikut standard mereka masing-masing). Malangnya kita, dah lah susah, suka pula hidup mewah. Sebab itulah tak kaya-kaya dan ramai kena tipu dengan skim cepat kaya.
Akhir kata, keadaan kewangan kita sekarang adalah kesan perbuatan kita 3, 5 dan 10 tahun lepas. Dan keadaan kewangan kita 3, 5 dan 10 tahun akan datang adalah kesan tindakan kita hari ini. Menyalahkan keadaan dan orang lain tak banyak membantu. Tambah ilmu dan mula bertindak. Tanpa tapi, tanpa nanti.
Sekian. Terima kasih.
#KreditToHalalMoney

Sabtu, 10 Disember 2016

4 cara merawat hati


 Setiap manusia tentu memiliki hati. Hati inilah yang mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang. 

Apabila hati ini baik, maka manusia tersebut akan memiliki sifat yang terpuji. Namun jika hati yang dimiliki seorang manusia telah penuh dengan niat jahat, ini merugikan diri sendiri dan orang lain.
Hati yang hidup adalah hati yang penuh keimanan dan kepasrahan, hati yang penuh keyakinan terhadap Rubbubiyatullah, hati yang melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana.  
Hati yang mampu menyelami hikmah dalam lubuk musibah, hati yang mampu teguh dalam kegoncangan hidup.

Penyakit hati Penyakit Paling Bahaya

Bagi saya, diantara semua penyakit, penyakit inilah paling bahaya. Kerana apabila hati kita telah mati, hati kita tidak akan akan sensitif lagi terhadap dosa.
Hati yang mati juga tidak akan tahan akan ujian yang menimpa. Hidup sentiasa dalam kegelisahan dan ketakutan.
Contoh penyakit hati?
Liat mengerjakan solat juga penyakit hati. Semuanya berpunca daripadanafsu
Nafsu yang   mengarahi dan menunggangi kita umpama hamba. Ada yang bertanya, apakah itu nafsu?
Nafsu itu adalah tempat berkumpulnya kekuatan amarah ( ajakan kepada kejahatan) dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Disinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela, buruk, jijik, kotor dan segala rupa amalan yang membawa kepada dosa dan maksiat.
Daripada nafsu inilah, timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan juga sifat malas ini.
Sifat ini harus dikikis, dirawat dan dibuang. Dalam rangka untuk menjadi hamba Allah SWT kita mestilah menguasai diri dan dapat mendidik diri sendiri
Oleh itu, sebelum penyakit hati ini bertambah teruk mari kita merawatnya.
Dibawah ini adalah perkara paling basic untuk merawat penyakit hati :

1. Tidak Banyak Bercakap

Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah perkara yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, suka bergosip dan lain-lain.

2. Jaga Emosi dan Nafsu

Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh  itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati.
Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah dan sebagainya.
Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat mahupun puasa Ramadhan.

3. Selalu Mengingati Allah SWT

Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan  membaca al-Qur’an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati

Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati,  kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit – penyakit  itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.
 Hatilah tempat ketundukan, kepatuhan dan ketaatan. Dan hatilah tempat taqwa bertapak dan bernaung. 
Iklan.......... [ Perhatian ]: Aula Hakim Academy , pengambilan baru dibuka.
[ 019-4343381 Ariffin ] bagi yang betul-betul serius sila PM ye..!

Yang ikhlas,

AriffinMiseran ( Trainer Aula Hakim Academy)

Pastikan matlamat 2017 anda tercapai.

Waktu inilah terbaik untuk lihat semula pencapaian kita 2016. Adakah matlamat dan azam yang kita tetapkan pada hujung 2015 atau awal 2016 telah tercapai?
Ianya dikatakan, hanya 2% dari manusia menetapkan matlamat. Peluangnya untuk anda yang membaca tulisan saya kali ini adalah seseorang yang meletakkan matlamat adalah tipis. Tetapi, sekiranya anda yang membaca ini sememangnya setiap tahun meletakkan matlamat, dan berusaha mengejar untuk mencapai ya, anda sebenarnya adalah di antara 2% teratas mereka yang mempunyai mindset orang yang berjaya!
Sejak 2000 lagi, setiap tahun saya menetapkan pelbagai matlamat. Antara matlamat adalah matlamat dalam bidang perniagaan. Melihat kembali, Alhamdulillah pelbagai matlamat telah tercapai sepanjang bergelar usahawan. Tidak dinafikan, ada juga matlamat yang tersasar, tidak tercapai, atau berubah haluan, tetapi, itu adalah perkara biasa. Yang penting adalah untuk menetapkan matlamat supaya kita mempunyai fokus arah tuju.

Matlamat perlu bertulis

Adakah anda menulis matlamat anda? Matlamat tidak bertulis adalah angan-angan sahaja. Ianya tidak dikira sebagai matlamat. Ambil pen, dan buku nota anda dan tulis matlamat-matlamat yang ingin anda capai tahun 2017 ini. Saya tahu, zaman ini, dah ada smart phone, Ipad, tab dan sebagainya. Takkan nak menulis pada kertas matlamat…
Tetapi menulis matlamat dengan pen pada kertas masih mempunyai kekuatannya tersendiri. Ia seumpama memberi komitmen yang lebih pada janji diri sendiri untuk mencapai matlamat. Umpama menghantar/menerima kad hari raya bertulis pada kenalan tentunya mood dan feelnya berbeza dengan hanya forward text SMS pada kenalan itu bukan? ðŸ˜‰
Pastikan anda menulis matlamat anda oleh kerana komitmen menulis itu akan menusuk minda separuh sedar kita untuk mencari cara dan peluang dalam mencapai matlamat tersebut.

Matlamat bukan hanya satu

Matlamat bukan hanya satu tetapi pelbagai. Jangan hadkan diri and akepada hanya matlamat kewangan sahaja. Tetapi matlamat termasuk matlamat keluarga, matlamat untuk anak-anak, matlamat peribadi, matlamat kerier, matlamat perniagaan, matlamat kesihatan, matlamat perihal agama, matlamat komuniti, dan pelbagai lagi.
Bukan hendak melarikan fokus dengan mempunyai pelbagai perkara untuk dilakukan serentak, tetapi, sekadar peringatan bahawa, kita perlu imbangkan hidup kita juga. Terlalu mengejar matlamat kewangan hingga keluarga teabai bukanlah sesuatu yang membanggakan. Begitu juga mengejar matlamat perniagaan sehingga kewajipan agama entah ke mana juga tidak harus berlaku. Sama juga jika matlamat kini hanyalah untuk anak-anak berjaya, tetapi sekiranya kewangan sendiri tidak berjaya, bagaimana anak-anak akan menampung keluarga satu hari nanti?
Fikirkan matlamat dalam pelbagai bidang. Tidak mengapa, anda masih mempunyai 1 tahun, 12 bulan dan 365 hari untuk mencapai pelbagai matlamat tersebut!

Matlamat ada yang tak tercapai

Ada juga matlamat yang tidak tercapai. Sesuatu matlamat tidak tercapai adalah kerana 2 sebab sahaja. Iaitu, pertama, matlamat yang terlalu besar, dan kedua, jangka masa terlalu singkat.
Sebagai manusia, ada kalanya tak tercapai matlamat yang ditetapkan. Namun, apa yang kita perlu lakukan adalah…

Panjangkan lagi tempoh untuk mencapai matlamat tersebut.

Bagi saya, tak kira apa sahaja matlamat kita, ianya boleh dicapai dengan usaha dan masa. Apa yang membuatkan kita tidak mencapainya adalah kerana kita tidak mulakan usaha tersebut. Letakkan tanggungjawab pada diri kita sendiri sekiranya matlamat tidak tercapai, dan bukan menyalahkan pihak lain, orang lain, tiada masa, dan seribu satu lagi alasan.
Fikirkan matlamat tahun-tahun lepas anda. Adakah ianya tercapai? Ataupun alasan yang membuatkannya tidak tercapai?

Matlamat yang tercapai…

Pastinya mengembirakan kita! Keperluan manusia tertinggi antaranya adalah untuk merasakan keperluan sempurna kendiri untuk mencapai cita-cita. Secara psikologinya, matlamat akan merelisasikan keperluan ini. Hidup tanpa matlamat tidak akan membawa anda ke mana pun.
Salah satu matlamat saya tahun 2016 adalah untuk membawa perniagaan saya ke peringkat antarabangsa. Menempa nama di persada global. Menyampaikan ilmu perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kepada pelajar international.
Alhamdulillah, matlamat tersebut telah tercapai tahun 2016 ini dengan mendapat lebih 6 jemputan talk di serata dunia termasuk Barcelona, Korea, India, 2 jemputan di New York dan 2 jemputan di Dubai! Juga, dengan penubuhan business school saya, Irfan Khairi Institute of Business Dubai, serta ramai peserta antarabangsa menyertai program-program yang saya kendalikan di Dubai!

Bagaimana ianya bermula?

Hanyalah dengan sekeping kertas yang tertulis matlamat saya ini pada hujung 2015. Setahun yang lepas! Jadi lah antara 2% mind set mereka yang berjaya dan mulakan 2017 anda dengan menetapkan matlamat baru anda supaya pencapaian anda akan menjadi lebih hebat dari tahun-tahun yang lepas!

Sekrinya matlamat anda adalah untuk memulakan perniagaan, kami di Aula Hakim Academy sedia membantu dan membimbing anda sehingga anda berjaya. 

Hubungi [ 019-4343381 Ariffin ] untuk maklumat lanjut.

Testimoni dari Ahli-ahli Aula Hakim Academy

Anda bagaimana?
Nak tunggu dan lihat?


Khamis, 8 Disember 2016

Rasa Down? Bagaimana cara untuk mengatasi

Rasa Lemah

Memang, rasa lemah atau down itu kadangkala menyapa diri.
Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur.
Kadangkala, cukup satu ujian yang menerpa.
Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.
Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.
Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akanmerenggut segala daya dan upaya kita.
Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada.
Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali?
Bagaimana kita menghadapinya?
Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.
Benar. Memang tidak dapat dinafikan.
Saya pun pernah berada dalam keadaan itu.
Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri.
Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.

Harapan Untuk Bangkit
Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr.
Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.
Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini. Dalam konteks diri kita sendiri, bagaimana seharusnya kitaberdepan dengan ujian itu.
Bagaimanakah caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?
Ok. Perkara ini kita perlu faham dengan jelas, supaya tatkala kita diuji nanti mudah-mudahan perkongsian ini turut mampu membangkitkan kita kembali.
Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.
Ya, Bersangka baiklah.
Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar. Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar.
Dan kelak, kesabaran itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kita merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil tersenyum.

Kesilapan kita.

Ada masa kita silap. Kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah kebal dari sebarang titik-titik kelemahan.
Kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri sehinggakan kita fikir semua ujian yang datang kepada kita itu, mampu untuk kita selesaikan seorang diri.
Tidak.
Saya tidak salahkan kemahuan kita untuk hidup berdikari.
Namun, kita sering lupa bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba lemah dan kekurangan. Mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan?
“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah.” – [Surah An-Nisa’, 4: 32]
Ya. Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya; jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah.
Bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?
Namun, silapnya pada kita. Kita sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertolonganNya.
Kita merasakan diri kita sudah lengkap sempurna. Kuat, berkuasa. Sedangkan hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya jika Dia tidak mengizinkannya.

Muhasabah Diri
Manusia jarang sekali mahu bermuhasabah diri. Tatkala disentap dengan ujian yang berat barulah wujud saat mereka kembali berfikir apakah salah silap mereka selama ini. 
Itupun jikalau mereka sedar.
Maka, salah satu hikmah dari ujian adalah wujudnya masa kita untuk bermuhasabah. Masa untuk kita merenung kembali sejauh mana kehidupan ini telah dibawa.
Adakah kita masih berada pada landasan yang benar?
Hikmah dari muhasabah ini akan membawa kita melihat dan memikirkan pula hikmah-hikmah yang lain dari ujian tadi.
Baik, Apakah hikmah yang ingin Dia tunjukkan kepada kita melaluinya?
Manusia itu selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat.
Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegara kembali mencariNya. Sungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada.
Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?
“Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo’a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.” – [Surah Yunus, 10: 12]
Maka, di situ ada hikmah untuk sama-sama kita renungkan.
Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.
Dia mahu kita kembali kepadaNya. Dia mahu kita selamat di ‘sana’. Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali. Sekarang, jawablah dengan hati kita. . .

Yakinlah Janji Allah Itu Benar
Manusia itu sewajarnya sedar peranan yang perlu dia mainkan di muka bumi ini ialah sebagai khalifah; yakni dengan memakmurkan muka bumi, serta membawa manusia kembali kepada Allah, satu-satunya ‘Illah’ (Tuhan) seluruh semesta.
Setelah kesedaran, kefahaman, dan keyakinan tadi mendasar, semua permasalahan tadi pasti akan tampak lebih mudah. InshaAllah.
Wajar sahaja kita merasa sedih tatkala diuji, kerana itu merupakan lumrah seorang manusia.
Namun, amatlah tidak wajar untuk kita merasa kecewa dan berputus asa. Sekaligus, kita tidak akan sesekali memanjangkan kesedihan yang dirasa.
Nabi Muhamad juga merasa sedih dengan pemergian Siti Khadijah, tetapi baginda tidak memanjangkan kesedihan itu.
Ya. Ia adalah atas keyakinan kita bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala.
Memperhambakan diri kepadaNya merupakan tujuan hidup kita. Dan pasti, Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmahnya.
Jika kita sudah sedar akan perkara ini, maknanya, hikmah dari ujian itu seharusnya sudah nampak. Kebangkitan yang ditunggukan-tunggukan itu juga seharusnya sudah dimulakan langkahnya.
” … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” – [Surah At-Talaq, 65: 2-3]

[ PENGUMUMAN ]: Program Aula Hakim Academy sedia membantu dan membimbing anda,kami juga menyediakan perkhidmatan coaching sehingga anda berjaya sekiranya anda mahu,dan platfom bisnes paling superb iaitu Mymi1 International.

Pengambilan terbaru kini dibuka.
Info lanjut hubungi [019.4343.381 ariffin]aulahakimacademy.blogspot.my
7 perkara yang anda sebagai anak muda jangan lakukan jika mahu beli rumah pertama


Anak muda yang selalu saya maksudkan ialah yang umurnya bawah 30 tahun, yang baru mula nak cari pendapatan sendiri dan yang baru dapat kerja atau baru habis belajar.

Ramai yang masih mentah dalam ilmu pengurusan kewangan. Kesedaran tentang menguruskan kewangan sangatlah kurang. Tak hairanlah jika banyak kesilapan yang korang akan lakukan.

Adakalanya kesilapan itu menutup terus peluang korang untuk memiliki rumah pertama. Lebih teruk lagi, kalau korang mempunyai hutang keliling pinggang dan diisytiharkan muflis pada usia muda.

Bagi yang bernasib baik, mereka sudah mendapat bimbingan seawal remaja tetapi bagi yang kurang bernasib baik, mereka belajar daripada pengalaman dan perlu membayar yuran ketidakpandaian tersebut.

Okay. Ini antara perkara yang jangan korang lakukan pada masa muda jika hendak memiliki rumah pertama:



1. Jangan Buat Pembiayaan Peribadi
Ada je slip gaji, memang senang nak buat pembiayaan peribadi kan. Macam-macam alasan dan sebab korang bagi untuk buat pembiayaan peribadi. Nak kahwin la, nak modified kereta la, nak hadiahkan makwe rantai emas la. Semuanya guna pembiayaan peribadi. Dibantainya pembiayaan sampai maksimum terus. Ada juga yang sanggup berhutang untuk beli iPhone 7 Plus, kononnya nak nampak hipster. Jangan. Pihak bank fikir korang individu berisiko kerana tak reti nak uruskan kewangan sendiri. Ia juga akan meningkatkan Nisbah Hutang Kepada Pendapatan (DSR) korang.



2. Jangan Jadi Penjamin
Korang kena beringat ni. Jangan sesekali jadi penjamin sekalipun untuk keluarga sendiri. Apa-apa hal yang berlaku, korang yang kena tanggung. Beringat sebelum kena.



3. Jangan Tak Jaga CCRIS
Jika korang ada buat pembiayaan peribadi,  pembiayaan kereta ataupun kad kredit, korang dah ada laporan CCRIS. Jadi, korang kena jaga laporan CCRIS ni elok-elok. Jaga dia serupa korang jaga makwe korang tau. Bayar ansuran hutang pada masa ditetapkan dengan jumlah yang tepat. Jangan main bantai je rasa cukup duit bayar. Tak cukup tak bayar.



4. Jangan Lupa Bayar PTPTN
PTPTN pun dah muncul dalam laporan CCRIS. Jadi, jika korang ada banyak tunggakan , bayar lah ye. Memang bank tak lepas jika korang tak bayar PTPTN secara berhemah. Logik bank, jika hutang PTPTN pun korang tak boleh nak handle, macam mana nak handle hutang rumah yang enam angka tu.



5. Jangan Tak Bayar Bil Telefon / Bil Elektrik & Air
Jika ada bil telefon atas nama korang dan ada pula hutang tertunggak, mungkin syarikat komunikasi berhak untuk CTOS kan korang. Hutang RM43 pun syarikat berkenaan boleh CTOS kan korang.



6. Jangan Beli Kereta Mahal
Kereta merupakan keperluan. Tetapi kalau beli kereta terlebih daripada pendapatan, ia merupakan kehendak. Korang jangan la beli kereta mahal tak padan dengan gaji. Korang kerja gomen N19 nak pakai Honda City susah la. Banyak gaji habis ke kereta nanti. Kos minyak kena kira juga.

Seelok-eloknya gaji setahun adalah nilai harga kereta yang patut korang beli. Contohnya;

Gaji x 12 bulan = harga kereta
RM3,000 x 12 bulan = RM36,000 (Saga, Axia)
RM2000 x 12 bulan = RM24,000 (kereta terpakai murah)

Kalau boleh buat;
20% duit muka kereta
5 tahun tempoh pembiayaan (lebih rendah lebih baik)
15% daripada gaji untuk ansuran bulanan (lebih rendah lebih baik)



7. Jangan Tak Menyimpan
Haaa. Beli rumah ni bukan serupa korang beli sayur ataupun nak beli pantun. Beli rumah kena juga korang sediakan deposit rumah. Ni benda korang kena sendiri ingat la. Kalau nak beli rumah kena sediakan 10%-15% daripada harga rumah tu. Kalau takde deposit rumah jangan harap ejen hartanah nak layan. Ramai anak muda menyimpan selepas berbelanja. Sepatutnya simpan dahulu barulah belanja. Minima 10% daripada pendapatan. Korang tu gaji makin naik, tapi nak simpan RM100 sebulan pun susah.



Itu lah antara perkara yang korang jangan buat sebelum memiliki rumah pertama. Dah ada pengalaman beli rumah, nak beli rumah kedua dan seterusnya senang lah.

Jika pihak bank yakin dengan kemampuan kewangan korang, kebolehpercayaan pada korang, memang la senang nak lepas pembiayaan perumahan tu. Jangan risau.

[ Perhatian ] : Program Aula Hakim Academy, pengambilan terbaru kini dibuka. Hubungi talian [ 019-4343-381 Ariffin ]

Disini anda akan dibantu dan diberi bimbingan sehingga anda berjaya.

Bertindak sekarang..!!! 
#AulaHakimAcademy

4 Perlu laku untuk tambah kekayaan


Perlu laku #1 :  Hutang yang bagus
Hutang bagus? Bukankah hutang semuanya tidak bagus? – Selepas ini, setiap kali anda berhutang, pastikan ianya adalah hutang yang bagus.
Hutang yang bagus bermaksud hanya berhutang pada perkara-perkara yang menambah nilai. Contohnya, membeli rumah adalah hutang yang bagus, kerana nilainya bertambah. Berhutang untuk memulakan perniagaan dikirakan bagus, kerana bakal menambahkan pendapatan. Berhutang dalam pendidikan juga adalah bagus, kerana ia menambah nilai diri kita sendiri.
Namun pastikan kesemua risiko telah dipertimbangkan sebelum melakukan hutang yang bagus. Jangan kerana ingin lakukan hutang bagus, sehingga tidak dapat lihat risiko yang mungkin terdapat disitu juga.
Manakala, berhutang untuk melancong adalah tidak bagus, kerana ia mengurangkan kewangan anda. Berhutang membeli perabot adalah tidak bagus kerana nilai perabot merosot. Berhutang membeli kereta mewah diluar kemampuan kita juga adalah tidak bagus kerana sekali beli kereta, nilainya secara automatik menyusut 30%!
.
.
.
. [ PERHATIAN ] : Program Aula Hakim Academy disini kami akan membimbing anda untuk memulakan perniagaan. Kami juga menyediakan khidmat coaching asalkan anda mahu..serta platform bisnes paling superb iaitu Mymi1..


Perlu laku #2 : Baca 30 minit
Pop kuiz – Tahun ini, berapa banyak buku yang telah anda baca? Komik dan novel tak kira ya. Hanya buku yang boleh menambahkan nilai anda sahaja – Buku berkaitan dengan industri anda.
Kebanyakan antara kita tidak membaca walaupun satu buku pun! Sekiranya tidak membaca, bagaimana hendak menambahkan kepakaran kita? Sekiranya kepakaran tidak bertambah, maka makin lambatlah gaji kita dapat bertambah kerana kurangnya ilmu.
Dengan hanya membaca buku 30 minit diwaktu pagi (kunci jam loceng anda 30 minit lebih awal), dan hanya membaca 30 minit sebelum tidur, anda akan dapat membaca 1 jam setiap hari. Secara purata, dengan membaca 1 jam sehari, anda akan menghabiskan satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, ini bererti anda akan menghabiskan 48 buah buku yang berkaitan dengan bidang anda, dalam masa setahun!
Dalam 2 – 3 tahun nanti? Anda pasti akan berjaya membaca lebih 100 buku. Apa yang anda akan dapat dengan membaca lebih dari 100 buku yang berkaitan dalam bidang anda?
Confirm! Anda akan menjadi pakar dalam bidang anda. Dan pakar akan dibayar berkali-kali ganda berbanding dengan mereka yang tidak pakar dalam bidang mereka.

Perlu laku #3:  Cari kawan baru
Anda akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak dengan kawan-kawan yang selalu sengkek, pokai, tak berduit, sedar tak sedar anda juga akan menjadi seperti itu. Apa kata anda buka fikiran untuk mencari kenalan-kenalan baru dikalangan mereka yang berjaya?
Dapatkan kawan yang bijak mengendalikan wang, atau kenalan usahawan yang berjaya. Cuba berkenalan dengan mereka yang pakar dalam industri anda. Dengan sentiasa berdampingan dengan mereka yang berjaya, anda juga akan turut berjaya kerana kejayaan itu akan berjangkit kepada anda!

Perlu laku #3:  Cari kawan baru
Anda akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak dengan kawan-kawan yang selalu sengkek, pokai, tak berduit, sedar tak sedar anda juga akan menjadi seperti itu. Apa kata anda buka fikiran untuk mencari kenalan-kenalan baru dikalangan mereka yang berjaya?
Dapatkan kawan yang bijak mengendalikan wang, atau kenalan usahawan yang berjaya. Cuba berkenalan dengan mereka yang pakar dalam industri anda. Dengan sentiasa berdampingan dengan mereka yang berjaya, anda juga akan turut berjaya kerana kejayaan itu akan berjangkit kepada anda!
Perlu laku #4:  Jangan baca sahaja
Jangan baca sahaja tip-tip kewangan dan tidak lakukan apa apa. Mungkin tip-tip anda telah baca sebelum ini, tetapi tidak mempraktikkannya. Tabiat manusia sering melewat-lewatkan kerja dan tidak melakukan apa-apa. Mungkin sebelum ini anda telah fikir untuk mengubahkan hidup anda, tetapi, hanya duduk dan biarkan waktu berlalu tanpa sebarang usaha.
Seperti yang dikatakan, tahu sahaja tidak guna. Perlu lakukan juga untuk mendapat hasilnya!
Mempunyai ilmu sahaja tanpa mengaplikasikannya adalah kerugian yang amat besar. Jangan sekadar baca sahaja. Lakukan sesuatu untuk mengubah hidup anda. Lakukan perkara-perkara yang mudah, kerana perkara-perkara yang mudah inilah yang akan membuatkan kita hidup lebih mewah!
Pada asasnya, untuk hidup mewah, anda hanya perlu lakukan dua perkara sahaja. Iaitu mengurangkan perbelanjaan, atau menambahkan pendapatan, atau kedua-duanya sekali. Untuk menambahkan pendapatan, cara yang sering digunakan oleh ramai adalahmemulakan perniagaan 
 [ PERHATIAN ] : Program Aula Hakim Academy disini kami akan membimbing anda untuk memulakan perniagaan. Kami juga menyediakan khidmat coaching asalkan anda mahu..serta platform bisnes paling superb iaitu Mymi1..