Powered By Blogger

Khamis, 8 Disember 2016

7 perkara yang anda sebagai anak muda jangan lakukan jika mahu beli rumah pertama


Anak muda yang selalu saya maksudkan ialah yang umurnya bawah 30 tahun, yang baru mula nak cari pendapatan sendiri dan yang baru dapat kerja atau baru habis belajar.

Ramai yang masih mentah dalam ilmu pengurusan kewangan. Kesedaran tentang menguruskan kewangan sangatlah kurang. Tak hairanlah jika banyak kesilapan yang korang akan lakukan.

Adakalanya kesilapan itu menutup terus peluang korang untuk memiliki rumah pertama. Lebih teruk lagi, kalau korang mempunyai hutang keliling pinggang dan diisytiharkan muflis pada usia muda.

Bagi yang bernasib baik, mereka sudah mendapat bimbingan seawal remaja tetapi bagi yang kurang bernasib baik, mereka belajar daripada pengalaman dan perlu membayar yuran ketidakpandaian tersebut.

Okay. Ini antara perkara yang jangan korang lakukan pada masa muda jika hendak memiliki rumah pertama:



1. Jangan Buat Pembiayaan Peribadi
Ada je slip gaji, memang senang nak buat pembiayaan peribadi kan. Macam-macam alasan dan sebab korang bagi untuk buat pembiayaan peribadi. Nak kahwin la, nak modified kereta la, nak hadiahkan makwe rantai emas la. Semuanya guna pembiayaan peribadi. Dibantainya pembiayaan sampai maksimum terus. Ada juga yang sanggup berhutang untuk beli iPhone 7 Plus, kononnya nak nampak hipster. Jangan. Pihak bank fikir korang individu berisiko kerana tak reti nak uruskan kewangan sendiri. Ia juga akan meningkatkan Nisbah Hutang Kepada Pendapatan (DSR) korang.



2. Jangan Jadi Penjamin
Korang kena beringat ni. Jangan sesekali jadi penjamin sekalipun untuk keluarga sendiri. Apa-apa hal yang berlaku, korang yang kena tanggung. Beringat sebelum kena.



3. Jangan Tak Jaga CCRIS
Jika korang ada buat pembiayaan peribadi,  pembiayaan kereta ataupun kad kredit, korang dah ada laporan CCRIS. Jadi, korang kena jaga laporan CCRIS ni elok-elok. Jaga dia serupa korang jaga makwe korang tau. Bayar ansuran hutang pada masa ditetapkan dengan jumlah yang tepat. Jangan main bantai je rasa cukup duit bayar. Tak cukup tak bayar.



4. Jangan Lupa Bayar PTPTN
PTPTN pun dah muncul dalam laporan CCRIS. Jadi, jika korang ada banyak tunggakan , bayar lah ye. Memang bank tak lepas jika korang tak bayar PTPTN secara berhemah. Logik bank, jika hutang PTPTN pun korang tak boleh nak handle, macam mana nak handle hutang rumah yang enam angka tu.



5. Jangan Tak Bayar Bil Telefon / Bil Elektrik & Air
Jika ada bil telefon atas nama korang dan ada pula hutang tertunggak, mungkin syarikat komunikasi berhak untuk CTOS kan korang. Hutang RM43 pun syarikat berkenaan boleh CTOS kan korang.



6. Jangan Beli Kereta Mahal
Kereta merupakan keperluan. Tetapi kalau beli kereta terlebih daripada pendapatan, ia merupakan kehendak. Korang jangan la beli kereta mahal tak padan dengan gaji. Korang kerja gomen N19 nak pakai Honda City susah la. Banyak gaji habis ke kereta nanti. Kos minyak kena kira juga.

Seelok-eloknya gaji setahun adalah nilai harga kereta yang patut korang beli. Contohnya;

Gaji x 12 bulan = harga kereta
RM3,000 x 12 bulan = RM36,000 (Saga, Axia)
RM2000 x 12 bulan = RM24,000 (kereta terpakai murah)

Kalau boleh buat;
20% duit muka kereta
5 tahun tempoh pembiayaan (lebih rendah lebih baik)
15% daripada gaji untuk ansuran bulanan (lebih rendah lebih baik)



7. Jangan Tak Menyimpan
Haaa. Beli rumah ni bukan serupa korang beli sayur ataupun nak beli pantun. Beli rumah kena juga korang sediakan deposit rumah. Ni benda korang kena sendiri ingat la. Kalau nak beli rumah kena sediakan 10%-15% daripada harga rumah tu. Kalau takde deposit rumah jangan harap ejen hartanah nak layan. Ramai anak muda menyimpan selepas berbelanja. Sepatutnya simpan dahulu barulah belanja. Minima 10% daripada pendapatan. Korang tu gaji makin naik, tapi nak simpan RM100 sebulan pun susah.



Itu lah antara perkara yang korang jangan buat sebelum memiliki rumah pertama. Dah ada pengalaman beli rumah, nak beli rumah kedua dan seterusnya senang lah.

Jika pihak bank yakin dengan kemampuan kewangan korang, kebolehpercayaan pada korang, memang la senang nak lepas pembiayaan perumahan tu. Jangan risau.

[ Perhatian ] : Program Aula Hakim Academy, pengambilan terbaru kini dibuka. Hubungi talian [ 019-4343-381 Ariffin ]

Disini anda akan dibantu dan diberi bimbingan sehingga anda berjaya.

Bertindak sekarang..!!! 
#AulaHakimAcademy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan