Perlu laku #1 : Hutang yang bagus
Hutang bagus? Bukankah hutang semuanya tidak bagus? – Selepas ini, setiap kali anda berhutang, pastikan ianya adalah hutang yang bagus.
Hutang yang bagus bermaksud hanya berhutang pada perkara-perkara yang menambah nilai. Contohnya, membeli rumah adalah hutang yang bagus, kerana nilainya bertambah. Berhutang untuk memulakan perniagaan dikirakan bagus, kerana bakal menambahkan pendapatan. Berhutang dalam pendidikan juga adalah bagus, kerana ia menambah nilai diri kita sendiri.
Namun pastikan kesemua risiko telah dipertimbangkan sebelum melakukan hutang yang bagus. Jangan kerana ingin lakukan hutang bagus, sehingga tidak dapat lihat risiko yang mungkin terdapat disitu juga.
Manakala, berhutang untuk melancong adalah tidak bagus, kerana ia mengurangkan kewangan anda. Berhutang membeli perabot adalah tidak bagus kerana nilai perabot merosot. Berhutang membeli kereta mewah diluar kemampuan kita juga adalah tidak bagus kerana sekali beli kereta, nilainya secara automatik menyusut 30%!
.
.
.
. [ PERHATIAN ] : Program Aula Hakim Academy disini kami akan membimbing anda untuk memulakan perniagaan. Kami juga menyediakan khidmat coaching asalkan anda mahu..serta platform bisnes paling superb iaitu Mymi1..

Perlu laku #2 : Baca 30 minit
Pop kuiz – Tahun ini, berapa banyak buku yang telah anda baca? Komik dan novel tak kira ya. Hanya buku yang boleh menambahkan nilai anda sahaja – Buku berkaitan dengan industri anda.
Kebanyakan antara kita tidak membaca walaupun satu buku pun! Sekiranya tidak membaca, bagaimana hendak menambahkan kepakaran kita? Sekiranya kepakaran tidak bertambah, maka makin lambatlah gaji kita dapat bertambah kerana kurangnya ilmu.
Dengan hanya membaca buku 30 minit diwaktu pagi (kunci jam loceng anda 30 minit lebih awal), dan hanya membaca 30 minit sebelum tidur, anda akan dapat membaca 1 jam setiap hari. Secara purata, dengan membaca 1 jam sehari, anda akan menghabiskan satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, ini bererti anda akan menghabiskan 48 buah buku yang berkaitan dengan bidang anda, dalam masa setahun!
Dalam 2 – 3 tahun nanti? Anda pasti akan berjaya membaca lebih 100 buku. Apa yang anda akan dapat dengan membaca lebih dari 100 buku yang berkaitan dalam bidang anda?
Confirm! Anda akan menjadi pakar dalam bidang anda. Dan pakar akan dibayar berkali-kali ganda berbanding dengan mereka yang tidak pakar dalam bidang mereka.
Perlu laku #3: Cari kawan baru
Anda akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak dengan kawan-kawan yang selalu sengkek, pokai, tak berduit, sedar tak sedar anda juga akan menjadi seperti itu. Apa kata anda buka fikiran untuk mencari kenalan-kenalan baru dikalangan mereka yang berjaya?
Dapatkan kawan yang bijak mengendalikan wang, atau kenalan usahawan yang berjaya. Cuba berkenalan dengan mereka yang pakar dalam industri anda. Dengan sentiasa berdampingan dengan mereka yang berjaya, anda juga akan turut berjaya kerana kejayaan itu akan berjangkit kepada anda!

Perlu laku #4: Jangan baca sahaja
Jangan baca sahaja tip-tip kewangan dan tidak lakukan apa apa. Mungkin tip-tip anda telah baca sebelum ini, tetapi tidak mempraktikkannya. Tabiat manusia sering melewat-lewatkan kerja dan tidak melakukan apa-apa. Mungkin sebelum ini anda telah fikir untuk mengubahkan hidup anda, tetapi, hanya duduk dan biarkan waktu berlalu tanpa sebarang usaha.
Seperti yang dikatakan, tahu sahaja tidak guna. Perlu lakukan juga untuk mendapat hasilnya!
Mempunyai ilmu sahaja tanpa mengaplikasikannya adalah kerugian yang amat besar. Jangan sekadar baca sahaja. Lakukan sesuatu untuk mengubah hidup anda. Lakukan perkara-perkara yang mudah, kerana perkara-perkara yang mudah inilah yang akan membuatkan kita hidup lebih mewah!
Pada asasnya, untuk hidup mewah, anda hanya perlu lakukan dua perkara sahaja. Iaitu mengurangkan perbelanjaan, atau menambahkan pendapatan, atau kedua-duanya sekali. Untuk menambahkan pendapatan, cara yang sering digunakan oleh ramai adalahmemulakan perniagaan
[ PERHATIAN ] : Program Aula Hakim Academy disini kami akan membimbing anda untuk memulakan perniagaan. Kami juga menyediakan khidmat coaching asalkan anda mahu..serta platform bisnes paling superb iaitu Mymi1..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan